Assalamualaikum...
Sepanjang cuti ni, takde sebarang aktiviti aku buat kat rumah.. Macam biasa makan, tidur, online, tv.. Tu jelah rutin aku... Nak keja tapi disebabkan aku terpaksa balik hostel dah minggu depan, terpaksalah aku batalkan hasrat tu.. Emm... =_='
Bila aku online, aku wajib berblogwalking kat blog jual bajulah, jual itu inilah... Facebook pon sama.. Aku suka jalan2 kat facebook yg jual macam2 benda nie... Rasa nak beli tapi almaklumlah, hujung bulan ni duit x masyukk.. Haha.. Zaman sekarang ni nak shopping pon boleh buat sambil terlentang kat katil je.. Punyalah senang.. Senang sampai jadi pemalas.. Hehe aku pon samalah tu.. Nak apa2, klik je.. Semua dihujung jari je..
Timbul juga minat kat hati aku ni nak berbisness macam nie.. Online bisness.. Senang dan cepat.. Tak banyak kerja.. Modal pon tak sebesar orang yg berniaga kat kedai.. Sounds nice kan?
Then aku fikir punya fikir punya fikir, what kind of business yg aku nak jalankan.. Emm sebagai pompuan, sah2 lah aku minat bisness fashion2 ni walaupon aku ni tak la reti berfashion sangat.. Haha :D
Dan aku sangat admire pada mereka2 yg dah sucess dalam online business masing2... Nampak macam senang, tapi aku tahu, nak dikenali dan dipercayai oleh ribu riban online users ni bukan senang.. Susah jugak.. Kena rajin menghadap laptop, kalau dah rabun boleh jadi bertambah rabun, kena banyak bersabar layan komen2 dan pertanyaan customers walaupon last2 diorang tak beli, dan macam2 lagilah...
MissLily shop adalah antara online shop yg aku suka... Cara dia kendalikan bisness dia, barang2 yg dia jual semua kiut2... Muda lagi.. Tua setahun je dari aku tapi dah boleh ada kedai sendiri lagi... Nice kan?
InshaAllah, aku akan usahakan juga... Dalam Islam sendiri, 9/10 punca rezeki datangya dari berniaga kan?
Niat tu dah lama ada cuma tak berpeluang nak jalankan lagi bisness tu... InshaAllah, ada rezeki lebih Allah bagi, akan aku usahakan untuk merealitikan cita2 aku nih.. Aminnnn :)



.jpg)


